PF SENSE TUTORIAL FASA 1

Untuk tutorial fasa pertama ini saya akan tunjukkan satu demi satu cara permulaan install pfsense didalam sebuah komputer. Untuk makluman sebelum anda bermula , si semak dahulu spesifikasi komputer anda . Dari maklumat yang diberi oleh pfsense , spesifikasi minima bagi pfsense ini adalah RAM : 256 , PROS : PENTIUM II , HD : 2GB.
Itu adalah spesifikasi minima yang diberi oleh pfsense sendiri , tetapi bagi saya , adalah patut jika anda boleh letakkan spesifikasi minima diantara pentium 4 - pentium dual core , ram : 1gb - 2gb , hd: 80gb - 500 gb. Cakera keras yang besar boleh anda gunakan untuk installasi squid cache yang akan dibincangkan pada tutorial fasa akan datang . Bagi anda yang tidak tahu , squid cache ini adalah satu perisian yang dapatkan menyimpan memori atau cache data pada setiap laman web supaya pada masa akan datang , apabila kita ingin masuk kembali kedalam laman web sebelum ini , laman web itu akan keluar dalam masa yang sangat cepat . Tidak perlu menunggu dengan lama untuk melihat laman web.

OK , balik kepada tutorial fasa pertama ini . Jika anda sudah mempunyai sebuah komputer yang lengkap dengan monitor , keyboard .. anda bolehla memuaturun pfsense format iso disini.
Selepas muaturun , anda boleh burn kan di cd atau pun membuat bootable didalam pendrive.

untuk tutorial ini saya menggunakan sebuah komputer , pentium 4 , ram 1.5gb , HD 80 gb , 3 network card. Untuk makluman , sila pastikan komputer anda mempunyai sekurang - kurangnya 2 network card bagi membolehkan pfsense ini berjalan dengan lancar . 

LANGKAH - LANGKAH ( FASA PERTAMA )

Masukkan cd pfsense yang telah anda buat sebentar tadi didalam cd drive. Kemudian pastikan komputer anda telah disetting boot kepada cd . Sila tunggu sehingga gambar dibawah keluar .


Sila pilih no 1 jika anda boot cd dari cd drive yang tersedia pada komputer anda . Jika anda menggunakan external cd drive , sila pilih no 3. Pastikan pada langkah ini anda tidak silap kerana apabila anda tersilap pilih , pada langkah yang kedua , ia tidak akan terpapar melainkan hanya memaparkan kod error sahaja . Selepas anda memilih no tadi , sila tunggu sehingga keluar gambar kedua seperti dibawah .


Apabila keluar sahaja seperti gambar diatas , anda perlu menekan butang I di keyboard anda . Butang I ini adalah untuk ke langkah seterusnya iaitu membuat instalasi pfsense kedalam hardisk anda . Sila pastikan anda menekan butang I  dalam masa 10 saat .


Pada langkah ini anda akan dapat melihat monitor anda akan memaparkan seperti gambar diatas . Untuk langkah ini , anda hanya perlu memilih Accept these settings . 




Sila pilih Quick/Easy Install untuk memudahkan anda membuat installasi pfsense ini di komputer anda . Pilihan ini lebih mudah kerana ia tidak akan menanyakan banyak soalan kepada anda. Jika anda sudah atau pernah membuat installasi menggunakan quick/easy install , dan ingin mencuba dengan custom install, tiada masalah .


Seterusnya pfsense akan memberitahu kepada anda bahawa ia akan memadam keseluruhan data didalam hardisk yang ada . Jika anda tiada masalah , anda boleh pilih OK .


Anda boleh membuat kopi dahulu atau pun tea semasa menunggu proses installasi ini selesai . Setiap proses installasi berbeza . Kadang - kadang jika semasa proses installasi ini berjalan , ada kod error yang terkeluar , kemungkinan masalah ini selalunya berpunca daripada cd drive  anda yang tidak dapat membaca dengan baik . Oleh itu , anda perlu menukarkan cd drive atau pun menggunakan external cd . Oh terlupa ingin diberitahu , jika anda mempunyai masalah kod error dan ingin menukarkan cd drive anda , anda perlu mengulangi proses installasi ini dari mula . 


Selesai sahaja installasi tadi , monitor anda akan memaparkan seperti gambar diatas . Sila pilih standard kernel kerana anda membuat installasi pada sebuah komputer . Jika anda membuat installasi pada sebuah router , anda boleh memilih pilihan yang kedua . Sila tunggu proses installasi selesai setelah anda memilih seperti gambar diatas .


Selepas sahaja selesai installasi , monitor akan memaparkan seperti gambar diatas . Anda boleh memilih untuk reboot . Jika proses installasi anda sampai pada tahap ini , tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya membuat installasi pfsense pada komputer anda .


Selepas sahaja anda memilih reboot tadi , monitor anda akan memaparkan seperi gambar diatas , anda hanya perlu abaikan dan menunggu komputer anda untuk reboot dengan sepenuhnya . Untuk makluman ,  anda mungkin nampak paparan pada monitor anda iaitu default username dan default password. Itu adalah username dan password untuk anda memasukI GUI ( Graphic user interface ) PFSENSE sebentar lagi .  Anda boleh menukarkan kata laluan mengikut kemahuan anda . Saya akan tunjukkan lagi pada tutorial fasa kedua PFSENSE  nanti . Terima Kasih .












Post a Comment

1 Comments