iGetter ( OSX )

Assalamualaikum Semua .....

Alhamdulillah , untuk hari ini sekali lagi saya ingin share dengan anda semua satu apps atau perisian untuk pengguna laptop Apple . Untuk makluman , jika kita pengguna windows semestinya kita mempunyai perisian Internet Download Manager ( IDM ) sebagai penolong kita untuk memuaturun sesuatu bahan dengan cepat sekali . Tetapi bagi pengguna OSX  perisian IDM ini tidak dapat dipasang memandangkan , pihak developer tidak keluarkan untuk OSX .

Takkan nak download menggunakan browser download sahaja .. mahunya tunggu 4 - 5 jam jika ingin muaturun file sebesar 1 - 2 gb dalam kelajuan 5mbps . Oleh itu apa kata anda menggunakan perisian igetter ini . Untuk makluman , perisian ini adalah perisian berbayar , tetapi pihak presenta membenarkan kita menggunakan perisian ini dengan hanya menunggu selama 15 saat iklan beliau sahaja setiap kali anda membukanya .

Selepas itu , anda hanya perlu klik ok dan terus menggunakannya tanpa was - was . Perisian ini sama sahaja , seperti IDM . Sebelum ini saya suka memuaturun file yang agak besar dan perlu menunggu lama untuk siap dengan menggunakan browser download . Apabila menggunakan iGetter ini , masa saya dapat dijimatkan dengan banyak sekali . Sebagai contoh file sebesar 1.2gb dapat disiapkan dalam masa 30 - 40 minit sahaja dengan kelajuan internet 5 mbps . 

Jika anda berminat untuk menggunakannya , boleh la layari http://www.igetter.net/index.html untuk memuaturun perisian ini .

Post a Comment

0 Comments