Splash Page Internet Sekolah PART 2

Assalamualaikum .. haii semua




Alhamdulillah , hari nih nampaknya saya ada masa terluang untuk update part 2 bagi apakah yang telah saya buat untuk menyelesaikan masalah perluasan internet di sekolah .

kita akn sambung di bahagian PFSENSE . jika anda masih kurang faham mengenai apakah itu PFSENSE . anda boleh lah melayari laman web https://www.pfsense.org/ atau pun boleh lah komen dibawah .

Permulaan pertama saya tetapkan tempat untuk saya centeralizekan server + switch + ISP . So disebabkan punca internet adalah di makmal , saya mulakan di dalam makmal komputer . Untuk permulaan setupkan dahulu OS PFSENSE di pc yang disediakan . Lepas siap setupkan , mcm biasa cucukkan kabel dari ISP ke network adapter belakang pc . Untuk makluman juga , pc yang anda install OS PFSENSE perlu mempunyai dua network adapter . Oleh itu anda boleh la beli network adapter di kedai komputer berhampiran dengan harga rm 30 kebawah . 

Dua adapter itu digunakan untuk 

NETWORK ADAPTER 1 (ISP - NETWORK ADAPTER) IN
NETWORK ADAPTER 2 (NETWORK ADAPTER KE SWITCH) OUT

Untuk bahagian ini , anda perlu membuat pembahagian ip ... ini lebih rumit untuk diterangkan disini. Sila hubungi saya jika ingin lebih mengetahui mengenai ini . 

Secara umumnya ... punca internet sekolah ini adalah dari makmal komputer , lepas itu akan dipecahkan keseluruhan sekolah menggunakan kabel network dan juga fiber optic. Jika tempat yang agak jauh untuk penggunaan kabel , saya menggunakan teknologi wireless bridge . Setiap wireless router yang berada di dalam sekolah telah saya tetapkan sebagai Access Point . So ip setiap laptop atau pc yang ingin guna internet akan diberikan oleh OS PFSENSE . 

Talian Wireless yang berada didalam sekolah tidak mempunyai kata laluan memandangkan saya menetapkan splash page untuk muka hadapan pertama apabila ingin menggunakan internet . Setiap guru , pelajar @ pengguna luar perlu log masuk dahulu sebelum menggunakan talian internet . Jika tidak log masuk , satu laman web sahaja yang dibenarkan buka iaitu laman web sekolah .

Setiap user akan dihadkan kelajuan internet sehingga 1.5mbps . Untuk makluman , talian internet keseluruhan sekolah nih boleh mencapai sehingga 5mbps .

Optional 
saya menggunakan satu lagi pc untuk membuat simpanan data secara dalaman . Untuk PC ini pula saya menggunakan CLEAR OS . untuk CLEAR OS nih saya masih belum membuat tutorial memandangkan tutorial pfsense masih lagi diperingkat belum selesai .

Jika anda berminat ingin mengetahui mengenai CLEAR OS boleh klik gambar dibawah .

 CLEAROS









Post a Comment

0 Comments