DRIVERPACK SOLUTIONS




Assalamualaikum semua .. hii, alhamdulillah petang ini diberi masa untuk kongsi lagi artikel yang menarik bagi semua pengguna komputer .  Untuk hari ini nak share mengenai driverpack solution . Apakah driverpack ini ? ok jika anda adalah teknikal bahagian komputer yang memerlukan anda untuk mengupdate atau pun membuat installasi driver pada komputer lama atau baru

semestinya anda tidak mempunyai driver yang spesifik . Oleh itu penggunaan driverpack ini sangat memudahkan anda . Tetapi diingatkan kepada pengguna internet 1bestarinet , untuk makluman , driverpack ini dihalang oleh pihak ytl . Saya pun tak pasti sebab apa pihak ISP block perisian ini. Oleh sebab itu jika anda ingin menggunakannya , pastikan gunakan dengan talian internet yang lain .

Penggunaan driverpack ini terbahagi kepada dua iaitu driverpack online dan juga driverpack offline . Untuk driverpack online , anda hanya perlu muat urun perisian sebesar 238kb sahaja dan terus buka perisian itu . Perisian itu akan membuat carian driver bagi pc anda . Selepas itu anda hanya perlu menekan butang hijau seperti gambar dibawah ini . Anda hanya perlu menunggu perisian ini menyelesaikan masalah anda .


Untuk perisian driverpack online ini , pastikan anda mempunyai talian internet untuk memastikan ia memuaturun keseluruhan driver yang sudah dipilih . Tanpa internet , perisian ini tidak dapat beroperasi . 

Untuk driverpack offline pula anda tidak perlu menggunakan talian internet semasa proses pencarian driver dan installasi driver . Untuk yang kedua ini jika anda mempunyai talian internet yang laju , anda mempunyai peluang untuk memuat turun perisian ini dahulu sebesar 11gb . Jika kelajuan internet anda adalah 5 mbps , avg menunggu anda adalah sekitar 5-6 jam sahaja berbanding internet berkelajuan 1 mbps .

Tetapi kelebihan driverpack offline ini adalah anda tidak perlu mempunyai talian internet selepas itu .. Boleh terus install driver setiap pc . 

Anda mempunyai dua pilihan iaitu offline atau pun online .. so pilih dengan kemudahan anda . Bagi pengguna 1bestarinet , saya sarankan gunalah driverpack offline , biar lambat .. asal selamat .hihihi.






Post a Comment

0 Comments