Laporan Harian Simple

Assalamualaikum ... hii .. alhamdulillah , dapat lagi hari nih mengisi artikel terbaru . Hari ini kebiasaanya akan melihat kelajuan atau pun speedtest talian internet di tempat kerja ok atau pun tidak. Memandangkan tengah memuaturun windows 10 dan bila tengok graph pada sistem server , talian internet lancar aja , so batalkan niat nak speedtest .

Ok alhamdulillah hari nih berjaya juga siapkan satu sistem laporan harian bagi kegunaan diri sendiri . Walaupun bukan dalam bidang pengaturcaraan komputer masa belajar dahulu , tetapi disebabkan minat sangat mendalam didalam hal - hal komputer ini , maka akhirnya tercipta jugaklah sistem ini. Sistem ini sangat mudah digunakan ... hanya lebih kepada form , isikan form .. tick kotak yang telah disiapkan dan submit ..

Lepas itu laporan boleh generated setiap bulan , minggu atau pun secara harian . Laporan yang mudah . Nak tulis laporan panjang - panjang pun tak semua yang akan dibaca . Baik buat simple tapi lengkap . Jika ada pengunjung yang mempunyai idea untuk ditambah baik didalam sistem ini , saya mengalu - alukan anda tulis idea di bahagian komen di bawah . Mudah - mudahan idea yang telah anda berikan dapat sedikit sebanyak memberi lebih lengkap lagi laporan hari ini .

Gambar dibawah adalah contoh laporan yang telah disiapkan.


Muka Hadapan Laporan Harian. 





Pengisian laporan Harian  ( tandatangan boleh dibuat secara digital ataupun masa cetak nanti )


ini contoh laporan yang akan digenerated selama sebulan .



Sistem ini saya telah letakkan didalam server CLEAR OS yang telah saya pasang di tempat kerja . Oleh itu agak mudah untuk pengisian didalam sekolah .



Ini adalah contoh untuk cetakan harian . Laporan ini boleh diemailkan juga .

Post a Comment

0 Comments