PFSENSE .. ( FIREWALL THORBAIK )


Assalamualaikum... hii semua , nak kongsi sikit artikel mengenai pfsense . Jika anda semua blur mengenai pfsense , boleh thru ke artikel sebelum ini . Saya pernah terangkan mengenai pfsense ini .  Cuma disini nak ceritakan , bestnya pfsense nih , bukan setakat buat firewall server , boleh buat cache server , boleh buat splash page , boleh tengok laporan penggunaan internet. Jom ,  3 nih ja nak tunjuk untuk hari ini .

Cache server ... lebih kepada squidcache , dia boleh simpan cache setiap laman web , so laman web mana yang pernah masuk , dia akan cache tapi tak semua la dia cache .. mungkin dalam 50 percent .. Ok la tuh kan , bagi stable dalam penggunaan internet pun dah cukup .Alhamdulillah sekolah saya isp hanya provided kelajuan 4mbps untuk satu sekolah . tetapi sehingga sekarang , masalah internet perlahan kurang dengar dikalangan pengguna internet .

Bila dah cache server ini , kita boleh lihat pulak penggunaan setiap pengguna internet .. contoh seperti gambar dibawah




Kita boleh tengok penggunaan internet secara realtime  seperti gambar dibawah 

Untuk splash page pula kita boleh buat seperti penggunaan internet di KFC , MCDONALDS , STARBUCKS ,atau tempat - tempat lain . Bila kita buat splash page atau pun captive portal ini , kita tidak perlu lagi letakkan password pada wifi kita . Apabila ada pengguna connect sahaja di wifi , terus akan terpapar seperti gambar dibawah .


Oleh itu .. sesiapa yang tiada id pengguna boleh minta PIN yang telah disediakan di pejabat . Dan setiap user yang masuk untuk gunakan internet , kita boleh had kan kelajuan masing - masing sebagai contoh setiap user id kita akan limitkan kelajuan sehingga 1mbps sahaja . Oleh itu semua pengguna akan dapat kelajuan yang sama . 

Kita pun boleh tengok graph penggunaan internet seperti dibawah dan user yang telah login . Setiap sistem mepunyai graph tersendiri .



Ok untuk hari ini nak tunjuk hanya ini sahaja . Jika anda berminat untuk membuat satu sistem server seperti ini , insha allah saya akan cuba tolong untuk mengajar anda . 

Post a Comment

0 Comments